Bahasa Arab adalah bahasa yang masyhur dengan keunikannya, ungkapan ayat yang mudah difahami dan mempunyai kaedah yang tepat dalam sebarang permasalahan bahasa. Sistem fonologi, sintaksis, morfologi dan lain-lain yang berkaitan dengan sistem bahasa dalam bahasa Arab mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat dalam bahasa-bahasa lain.

Keistimewaannya Antara antara lain adalah sebagai berikut :

  1. Bahasa Arab Adalah Bahasa yang Kaya Dengan Kosa Kata
    Kosa kata dalam bahasa Arab merangkumi semua bidang dan lapangan. Ia dapat diperhatikan berdasarkan kepada perkataan-perkataan yang disenaraikan dalam kamus-kamus Arab. Dalam bahasa Arab, pembentukan satu perkataan sahaja boleh menunjukkan kepada beberapa makna. Contohnya perkataan ‘ain yang memberi makna kepada mata penglihatan, mata air, sebuah negeri, sebuah tempat, ketua kaum, ketua tentera, bermakna diri, bayaran sekali gus secara tunai, sejenis mata wang, pengintip dan huruf ‘ain.
  2. Bahasa Arab Mempunyai Kaedah Analisis Struktur Ayat
    Analisis ini digambarkan dalam bentuk perubahan baris-baris akhir perkataan hasil daripada perubahan struktur frasa atau fungsi perkataan itu sendiri. Perubahan – perubahan i’rab ini akan memberikan kesan kepada perubahan maksud perkataan dalam sesuatu susunan ayat. Analisis bahasa dan perubahan struktur frasa ini tidak terdapat dalam mana-mana bahasa di dunia.
    Contohnya perkataan “Muhammad” seperti dalam struktur frasa tertentu boleh dibaca dengan Muhammadun, Muhammadan dan Muhammadin kerana berada dalam struktur dan pola ayat yang berbeza kedudukannya seperti dalam ayat ini:
    – Muhammad telah datang
    – Saya melihat Muhammad
    – Saya melalui Muhammad
    Perkataan Muhammad dalam struktur frasa pertama dibaca Muhammadun dengan berbaris hadapan apabila perkataan ini berada dalam pola ayat nominatif (marfu’). Dalam struktur frasa kedua pula perkataan ini dibaca Muhammadan apabila berada dalam struktur frasa akusatif (mansub) dan dalam struktur frasa ketiga dibaca Muhammadin apabila berada dalam pola ayat genitif (majrur).Bahasa Arab Mempunyai Sistem Morfologi yang Unik.
  3. Bentuk-bentuk perkataan Arab sama ada dalam kata nama atau kata kerja
    Perubahan bentuk ini akan membawa kepada perubahan dari segi makna perkataan tersebut. Contohnya perkataan Arab mengandungi perbincangan mengenai isytiqaq yaitu perpecahan dan pembentukan perkataan pecahan atau sampingan dari satu kata dasar.
  4. Bahasa Arab dikatakan sebagai bahasa yang kekal
    Kekuatan ini membolehkan bahasa Arab bertahan menghadapi segala halangan dan cabaran dan terus kekal hingga ke hari ini. Bahasa Arab banyak menggunakan ayat yang ringkas dan tepat dalam menunjukkan kepada sesuatu maksud. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan teknik tertentu seperti membuang (hazf) beberapa perkataan dalam ayat-ayat tertentu tanpa mengubah maksud yang ingin disampaikan. Contohnya menghilangkan (hazf) perkataan sandaran (mudhaf) iaitu ahli dan mengekalkan mudhaf ‘alaih .

Bahasa Arab adalah bahasa Agama Islam dan bahasa Al-Qur’an, seseorang tidak akan dapat memahami kitab dan sunnah dengan pemahaman yang benar dan selamat (dari penyelewengan) kecuali dengan bahasa Arab. Menyepelekan dan menggampangkan Bahasa Arab akan mengakibatkan lemah dalam memahami agama. Marilah kita belajar bahasa Arab, karena ilmu itu sangat penting bagi umat muslim.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s